Friday, January 27, 2012

15 cara untuk mengoptima usia bateri laptop anda



Batteri laptop akan cepat haus sekiranya anda kerap mencaj semula. Di sini ada 15 cara untuk memanjangkan usia batteri laptop anda. 

1. Guna fungsi 'Defrag' dengan kerap -  Lebih cepat 'hard drive' berkerja – bererti kurang masa 'hard drive' anda berkerja, pada masa yang sama, kurang pengunaan tenaga. 'Defrag' hard drive anda selalu untuk mengekalkan kecekapan 'hard drive' anda. Lebih tinggi kecekapan 'hard drive', lebih cepat kerja terlaksana, dan kurang penggunaan tenaga.  
2. Malapkan skrin anda – Malapkan sedikit skrin anda, cara ini juga dapat menjimatkan tenaga dari batteri anda.  
3. Matikan "background program'.  Itunes, Desktop Search, etc. Semua program ini bila di 'run' kan dan di muatkan ke CPU juga akan menggunakan tenaga dan mengurangkan usia batteri. Tutup semua program yang tidak anda gunakan, lebih-lebih lagi apabila anda menggunakan batteri sahaja.
4. Tutup peranti luar (external device) – USB devices seperti WIFI (termasuk mouse) juga menggunakan tenaga bateri. Cabut peranti-peranti berkenaan apabila tidak digunakkan.
5. Tambah RAM - Lebih RAM (ruang ingatan) bererti lebih banyak proses dapat dilaksanakan, daripada menggunakan 'virtual memory'. Penggunaan 'virtual memory' melibatkan penggunaan 'hard disk', dan tidak begitu cekap. Menambah RAM juga bererti penambahan dalam penggunaan tenaga. Oleh itu, tambah RAM bila anda perlu 'run' program yang memerlukan RAM yang tinggi sahaja. 
6. CD/DVD drive - Menggunakan CD/DVD drive juga mengurangkan kuasa batteri dengan cepat. Oleh itu, gunakan bila perlu sahaja, dan jangan biarkan CD/DVD di dalam drive.  
7.  Pastikan 'battery contact' bersih :  Bersihkan 'contact' metal bateri anda setiap beberapa bulan dengan menggunakan kain lembab alkohol. Ini bertujuan supaya permindahan tenaga dari bateri ke laptop lebih efisien.   
8. Jaga bateri anda – Jangan biarkan bateri yang tercaj penuh tidak digunakan untuk masa yang lama. Bateri yang tercaj penuh mesti digunakan sekali dalam 2 atau 3 minggu. Juga, jangan biarkan bateri Li-On kehabisan caj (complete discharge) 
9. Hibernate, bukan standby – Walaupun meletakkan laptop anda dalam standby mode menjimatkan tenaga, dan anda boleh menyambung kerja serta-merta dari masa anda tinggalkannya, ianya tidaklah menjimatkan lebih tenaga berbanding jika anda meletakkannya dalam fungsi 'hibernate'. Hibernate akan mengekalkan keadaan semasa PC anda, dan switch off.  


10. Pastikan suhu sentiasa rendah - Komputer akan beroperasi lebih efesien jika suhunya rendah.  Bersih ruang udara dengan kain, atau dengan 'keyboard cleaner' supaya pengolahan udara dapat berjalan dengan baik.
11. Setkan dan optimumkan pilihan kuasa – Pergi ‘Power Options’ dalam 'windows control panel' dan  setkan nya ke tahap optimum. (Pilih 'max battery' untuk tindakan maksimum)
12. Jangan 'multitask' – Buat satu kerja dalam satu masa sahaja apabila anda menggunakan bateri. Jangan 'run' program-program lain seperti mp3, movie dan lain-lain melainkan perlu. Anda tentu tidak mahu kerja anda tergendala bila bateri habis sebelum semua kerja anda selesai bukan? :)
13. Buat yang perlu sahaja – Menghantar emel atau membuat 'spreatsheet' menggunakan kurang kuasa berbanding jika anda bermain games atau menonton DVD. Jika anda mempunyai 1 battery pack sahaja, pilihlah keutamaan anda. 
14Dapatkan laptop yang lebih cekap -  Laptop direka semakin efesien, dan pereka banyak memgatakan tentang usia bateri yang lebih lama. Salah satu jalan penyelesaian adalah menukar kepada laptop baru yang lebih cekap.
15. Elakkan 'Memory Effect' - Jika anda mengunakan laptop lama, dan anda ingin mengelakkan ‘memory effect’ – Pastikan bateri anda kekal dalam keadaan baik dengan mencaj penuh, dan mencaj semula sekurang-kurang sekali dalam 2 atau 3 minggu. Pengecualian bagi laptop yang mengunakan Li-Ion sebab ianya tidak mengalami masalah ini. 
Bonus Tip #1: Matikan autosave function.  MS-Word’s dan Excel’s autosave functions amat berguna,walaupun begitu, disebabkan ianya 'save' secara berkala, ia membuat 'hard drive' berkerja lebih dari yang sepatutnya. Jika anda berhasrat untuk mengunakan cara ini, anda mungkin perlu menghidupkan fungsi itu semula apabila bateri sudah kurang kuasanya. Ia menjimatkan kuasa pada mulanya ,tetapi anda juga pasti mahu kerja-kerja anda, tersimpan/'save' semuanya apabila bateri sudah kering. 
Bonus Tip #2: Kurangkan pengunaan grafik - Anda boleh melakukkannya dengan mengubah resolusi skrin dan mematikan pemacu grafik. Kad grafik masa kini menggunakan kuasa yang sama dengan 'hard drive'. 

Memory Effect - Situasi di mana bateri (Jenis Ni-Cad, biasanya terdapat dalam laptop jenis lama) tidak dapat memegang caj yang sepatutnya apabila di caj. Keadaan spesifik apabila bateri kehilangan kapasiti tenaga maksimum, jika di caj berulang kali selepas di 'discharge' separuh sahaja. Bateri tersebut 'mengingati' kapasti kecil sahaja. 

SELAMAT MENCUBA :) THANK YOU!
DONT FORGET TO LIKE OUR FAN PAGE AT 




No comments:

Post a Comment